Selasa, 29 Jun 2010

Sekolah Amanah: Perkongsian Awam Swasta Dalam Pendidikan Untuk Merapat Jurang Prestasi

Sekolah Amanah adalah sekolah awam yang diurus secara bersama di antara pihak swasta dengan pemimpin sekolah kerajaan, di bawah kawal selia KPM. Sekolah Amanah akan diberi lebih kebebasan dalam membuat keputusan dan dengan itu dipertanggungjawabkan bagi meningkatkan prestasi pelajar.

Sekolah Amanah bermatlamat untuk membawa perubahan kepada prestasi sekolah tanpa mengira pencapaian semasa: daripada sederhana kepada baik, baik kepada lebih baik.

Sekolah Amanah akan dipilih daripada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan sedia ada di seluruh negara (contohnya, rendah dan menengah, bandar, pinggir bandar dan luar bandar).

Sekolah yang dipilih merangkumi sekolah berprestasi rendah, sederhana dan cemerlang dengan harapan untuk meningkat prestasi di semua peringkat. Sekolah Amanah bertujuan untuk mempercepatkan proses penambahbaikan dalam melahirkan pelajar dan sekolah yang cemerlang tanpa mengira tahap permulaan.

Sekolah Amanah akan mempunyai lebih autonomi dalam membuat keputusan berkaitan kurikulum, kewangan dan sumber manusia bagi menggalak inovasi dan menjadi lebih responsive terhadap keperluan komuniti sekolah. Autonomi yang diberi merangkumi kebebasan memilih kandungan kurikulum, pengagihan peruntukan mengikut keperluan, penyediaan insentif berasaskan prestasi dan pemilihan guru dan kakitangan bukan guru.

Sekolah Amanah dikehendaki mencapai prestasi yang telah ditetapkan dalam tempoh lima tahun. Pihak KPM akan mengambil alih pengurusan dari penajasekiranya sekolah gagal mencapai prestasi yang ditetapkan. (RMKe-10)

Dasar 1 Murid 1 Sukan

Kementerian Pelajaran akan melaksanakan enam strategi bagi menjayakan dasar 1Murid 1Sukan mulai 2011 sebagai usaha melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Hasrat kerajaan ialah menjadikan sukan sebagai alat utama perpaduan kerana telah terbukti bahawa sukan boleh menyatupadukan masyarakat berbilang kaum yang menjadi harapan negara dalam merealisasikan gagasan 1Malaysia.



Menceburi bidang sukan memerlukan semangat setiakawan dan berpasukan di samping melahirkan lebih ramai atlet yang berkelibar dan mampu bertanding di peringkat antarabangsa. Usaha mencungkil bakat dan melatih atlet perlu dilaksanakan di peringkat awal dan kerana itu sekolah menjadi asas yang terbaik.

Dasar 1Murid 1Sukan juga bertujuan melahirkan generasi yang lebih sihat dan cergas kerana budaya bersenam di kalangan masyarakat sudah menjadi sesuatu yang sukar dilaksanakan atas pelbagai alasan.

Masyarakat Malaysia semakin ramai mengalami masalah kegemukan, dan tentunya obesiti itu boleh mengakibatkan seseorang mudah dijangkiti penyakit yang dikenalpasti sebagai pembunuh utama rakyat, iaitu kencing manis, darah tinggi dan penyakit yang berkitan dengan kardiovaskular.

Dengan menyemaikan budaya bersenam atau bersukan di peringkat sekolah, seseorang pelajar boleh memilih bentuk dan jenis sukan berdasarkan minat dan keupayaan masing-masing.

Minat itu kemudiannya diharapkan dapat dikembangkan menjadi budaya, dan ini dapat membantu negara mengurangkan bilangan pengidap penyakit yang berkaitan dengan obesity.

Menurut Menteri Pelajaran, sebuah jawatankuasa ad-hoc dipengerusikan beliau sudah mengadakan mesyuarat dan memutus akan melaksanakan enam strategi bagi menjayakan dasar itu.

Ketika merasmikan majlis pembukaan Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) ke-52 di Stadium Larkin minggu lalu (18 Mei 2010), Tan Sri Muhyiddin berkata:
"Antara enam strategi dipersetujui ialah memberi bantuan kewangan sukan kepada sekolah, mewajibkan pembabitan pelajar dalam aktiviti sukan, mengenal pasti program sukan sekolah untuk dilaksana sepanjang tahun, menubuhkan Bahagian Sukan secara berasingan, elemen sukan dimasukkan dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia dan mengenal pasti lima Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) untuk melatih guru sukan…Melalui Dasar 1Murid 1Sukan ini, lengkaplah skop pembangunan sukan di sekolah kerana program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) yang khusus bagi membangunkan atlit sekolah cemerlang sudah dilaksanakan sejak Julai 2008."
Perubahan ini adalah selaras dengan transformasi pendidikan, dan menurut Menteri Pelajar lagi, sudah sampai masanya kementerian mempunyai kerangka penilaian yang lebih komprehensif untuk mengukur keberkesanan pelaksanaan setiap agenda pendidikan termasuk kegiatan sukan.
“Jika setiap tahun kita mampu memberi penilaian terhadap prestasi akademik murid dalam pencapaian mereka, maka sewajarnya kita juga mampu memberi laporan prestasi dalam bidang lain termasuk sukan. Dengan ini, pandangan mengatakan kementerian terlalu menumpu bidang akademik saja dapat disangkal dan ditangani,” katanya.

Ganjaran Untuk Guru

Kementerian Pelajaran Malaysia akan memberikan wang ganjaran kepada semua pengetua, guru besar dan guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan.

Wang ganjaran sehingga RM 7,500 itu akan dibayar kepada setiap seorang yang berjaya melonjakkan prestasi mulai tahun depan manakala penilaiannya akan dilaksanakan pada tahun ini.

Pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa melancarkan sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan di Universiti Malaysia Pahang, Gambang pada 16 Mei 2010 dijangka bukan sahaja boleh menjadikan sekolah sebagai institusi pendidikan yang berprestasi tinggi malah menjadikan sektor pendidikan di Malaysia setaraf dengan negara maju.


Malaysia telah meletakkan sistem pendidikan yang bermutu dan berusaha gigih mencapai tahap kecemerlangan pendidikan serantau di samping mengharapkan keluaran dari sistem ini mampu menghasilkan modal insan yang kreatif, inovatif dan dapat menyumbang kepada pembinaan negara.

Hadiah wang ganjaran itu merupakan 'tawaran baru' kepada golongan pendidik dan menerusi tawaran tersebut, pengetua dan guru besar yang berjaya mencapai sasaran KPI bagi sekolah masing-masing akanl menerima ganjaran RM7,500 seorang manakala guru-guru di sekolah sama yang berada dalam kumpulan lima peratus ke atas pula akan menerima wang ganjaran sebanyak RM1,800 seorang dan 95 peratus guru berikutnya akan mendapat ganjaran RM900 seorang.

Pemberian ganjaran ini diukur dari segi lonjakan kedudukan sekolah berdasarkan ranking Skor Komposit iaitu 2,500 tempat bagi sekolah rendah dan 300 tempat bagi sekolah menengah. Semua pengetua, guru besar dan guru mungkin menerima wang ganjaran tersebut setiap tahun jika mampu meletakkan sekolah masing-masing melepasi Skor Komposit yang ditetapkan. Kerana itu, wang ganjaran “bukan dibayar sekali sebaliknya mungkin berkali-kali berdasarkan rekod pencapaian sekolah terbabit."

Dengan azam Guru Pembina Negara Bangsa, Menteri Pelajaran juga mengumumkan kenaikan pangkat seramai 15,320 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan 9,969 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Bukan Siswazah (PPPLD) bermula April lalu. Kenaikan pangkat itu dilaksanakan melalui tiga kaedah, iaitu mengikut tempoh selama 10 tahun, guru cemerlang dan secara hakiki bagi gred DGA32, DGA34, DG44, DG48, DG52 dan DG54.

Ia meliputi semua pegawai yang berkhidmat di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran negeri, pejabat pelajaran daerah, pensyarah institut pendidikan guru dan guru manakala Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) telah pun meluluskan 3,205 jawatan pemangkuan gred DG44, DG48 dan DG52 bagi PPPS.

Kementerian Pelajaran telah diberikan kelulusan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melaksanakan sendiri urusan urusan kenaikan pangkat secara mengikut tempoh gred DG44 dan DG48 bagi Pegawai Perkhidmatan Siswazah (PPS) . Bagi PPS yang mempunyai kelulusan ijazah doktor falsafah akan menikmati kenaikan satu gred jika memenuhi kriteris dan syarat yang ditetapkan mulai tahun ini.

Walau bagaimanapun, Menteri Pelajaran itu mengharapkan bahawa satu sistem pemantauan penempatan yang lebih cekap dan adil perlu diwujudkan bagi mengatasa masalah guru yang bertugas di kawasan pedalaman. Maklumat perkhidmatan mereka perlu dikemaskinikan secara atas talian bagi memastikan mereka turut diberikan peluang untuk bertugas di kawasan bandar.

Kecekapan sistem pemantauan dan kemaskini data itu adalah penting kerana dengan sistem tersebut, “, kita akan dapat menjamin bahawa guru yang ditempatkan di luar bandar tidak disisihkan atau diabaikan."

Ahad, 27 Jun 2010

Apa itu KPPK?


KESATUAN PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN (KPPK)
National Union Of The Teaching Profession ( NUTP)



KPPK dikenali sebagai Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia. KPPK adalah kesatuan yang ditubuhkan untuk guru-guru oleh para guru pada tahun 1974. Ia adalah hasil gabungan dua buah kesatuan guru iaitu National Union of Teachers (NUT) dan Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan (KKGSK).

Objektif
Menjadi Kesatuan Sekerja yang cekap dalam perjuangan hak Guru-Guru serta berupaya memberi perkhidmatan yang cemerlang.

Wawasan
Ke Arah Kecemerlangan Profesion Pendidikan.

Misi
1. Merancang dan melaksanakan pelbagai program ke arah melahirkan kaum pendidik yang inovatif, dinamik dan progresif selaras dengan wawasan untuk meningkatkan martabat profesion pendidikan.
2. Melindungi dan memperjuangkan hak-hak kaum pendidik.
3. Menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat yang berkualiti dan cekap.

Matlamat

KPPK sebagai sebuah kesatuan pembela kaum guru dan pembela profesion perguruan, sentiasa prihatian terhadap perkhidmatan para guru, perhubungan kerjaya, keistimewaan khas serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan profesion perguruan.


Ia juga berjuang untuk meningkatkan kebajikan ahli-ahli dari segi sosial dan kebendaan menurut lunas undang-undang sebagai kesatuan sekerja. Di samping membantu kaum guru memahami peranan mereka dalam memenuhi hasrat Falfasah Pendidikan Negara, KPPK juga berusaha untuk meningkatkan imej dan martabat profesionalisme guru.


Kejayaan KPPK

Kemudahan-kemudahan asas yang disediakan:

Jawatan tetap dan berpencen Baiki nisbah guru / murid.
Kemudahan perumahan Cuti Sambilan / cuti perkahwinan.
Kemudahan perubatan Meningkatkan kadar kemasukkan guru ke universiti.
Pariti gaji Kelonggaran syarat lulus Bahasa Malaysia bagi guru-guru tetap untuk peningkatan gred.
Gaji sama bagi guru wanita. Kelonggaran syarat lulus Peperiksaan Am.
Mencantumkan ratusan skim gaji guru kepada 2 skim. Meningkatkan fasiliti perubatan.
Status tetap kepada guru wanita. Insentif kenaikan gaji.
Perhargaan kepada guru – Hari Guru Gaji bagi guru sandaran terlatih yang bercuti bersalin.
Peningkatan status guru dari Kumpulan C kepada Kumpulan B. Bonus tahunan.
Berjuang bersama Cuepacs untuk penyelarasan gaji bagi semua kakitangan kerajaan. Imbuhan tetap perumahan.
Mendapat gaji sama bagi guru siswazah seperti siswazah dalam perkhidmatan yang lain. Peningkatan status Sijil Perguruan Asas ke taraf Diploma.
Peluang kenaikan pangkat untuk guru siswazah dan guru bukan siswazah. Laporan daripada Tan Sri Arshad
Menentukan Hadiah Pergerakan Gaji (HPG). Kenaikan pangkat secara Time-Based.
Menentukan kadar elaun untuk kerja.


Untuk maklumat lebih lanjut tentang KPPK, klik:

KPPK


Apa itu PIPP?

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP) 2006 - 2010

Bidang pendidikan berhadapan dengan masa depan mencabar yang memerlukan perancangan rapi, sistematik dan holistik. Justeru, peranan setiap lapisan masyarakat agar mendukung cita-cita dan hasrat untuk menjadikan sistem pendidikan kita sebagai yang terbaik dan dapat dikecapi oleh semua warga Malaysia. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) ini bertujuan memperkemaskan pelaksanaan program-program pendidikan serta memantapkan lagi proses pembinaan modal insan secara menyeluruh dan berterusan supaya output yang dihasilkan berupaya memenuhi kehendak tempatan dan antarabangsa, di samping mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia dalam arena global. Maka, amatlah wajar usaha kolaboratif di kalangan warga pendidik serta semua pihak yang berkepentingan dapat digembleng demi menjayakan matlamat yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ini. Sesungguhnya, sistem pendidikan yang berwibawa akan menghasilkan modal insan berminda kelas pertama walaupun ia mengambil masa yang lama.

Untuk paparan Isi Kandungan PIPP dengan lebih lanjut:

Bab 1 hingga 5

Bab 6 hingga 10